JPJ sahkan warga emas meninggal dunia ketika tunggu giliran

Gambar seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri di atas kerusi kaunter menunggu JPJ di Bangi tular di laman sosial.
Gambar seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri di atas kerusi kaunter menunggu JPJ di Bangi tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunggu giliran di pejabat JPJ cawangan Bangi di Bandar Baru Bangi pada Selasa.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, warga emas berusia 76 tahun itu diberikan layanan khas untuk berurusan tanpa beratur, namun mangsa didapati tidak sedarkan diri ketika berada di ruangan menunggu.

"Semasa di ruangan menunggu mangsa secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan panggilan kecemasan 999 telah dibuat oleh ketua bahagian pengurusan.

"Mangsa menunjukkan suhu badan normal serta telah menunjukkan status MySejahtera lengkap dua dos vaksin," menurut kenyataan pada Rabu.

Menurut JPJ, pihak polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh paramedik di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!