Bertumbuk angkara kaki kucing

Insiden pergaduhan gara-gara merebut koleh comel kaki kucing.- Daily Mail
Insiden pergaduhan gara-gara merebut koleh comel kaki kucing.- Daily Mail
A
A
A

BEIJING-CHINA. Hanya ingin mendapatkan koleh edisi terhad keluaran kopi Starbucks di China, pelanggan sanggup bergaduh dan bertumbuk.

Beberapa rakaman video tular di media sosial menunjukkan pelanggan bertengkar, menolak antara satu sama lain, bergaduh, di beberapa rangkaian kedai tersebut semata-mata untuk memperolehi koleh berbentuk kaki kucing.

Koleh berwarna merah jambu dan dihiasi kelopak bunga itu berjaya dijual 1,000 unit dalam masa satu minit sahaja.

Memetik Mail Online, peminat tegar koleksi itu sanggup beratur berjam-jam malah tidur di kaki lima kedai sebelum kedai itu buka pada Selasa lalu.

Difahamkan, koleksi itu sangat terhad dan kedai kecil hanya mendapat empat atau lima koleh

manakala premis yang besar diperuntukan hingga ke lapan koleh.

Harga koleh sempena koleksi Tahun Baru Cina itu dijual dalam talian 199 yuan (RM121) namun semakin meningkat dengan harga 1,800 yuan (RM1,094) hampir sembilan kali ganda daripada harga asal.

Sementara itu, pihak berkuasa China memberi amaran, pelanggan yang bergaduh berebut koleh itu boleh didakwa mencetuskan kekacauan di tempat awam dan dihukum penjara 10 hari. - Daily Mail

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!