Trend NGO bergabung lakukan perubahan demi negara

Hussamuddin
Hussamuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Trend badan-badan bukan kerajaan (NGO) bergabung dan bergerak secara bersama dalam melakukan perubahan serta reformasi dalam memerdekakan Malaysia dan rasuah, dilihat satu perkembangan positif.

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sudah sampai masanya untuk mereka bergabung bagi memberikan impak yang lebih kuat dalam melakukan reformasi politik khususnya di negara ini.

“Gerak usaha ini, saya kira luar biasa dan ini amat bertepatan dengan apa yang Rasuah Busters sedang usahakan kerana bagi kami, negara ini hanya boleh diselamatkan oleh rakyat.

“Kita sudah memberi peluang kepada pemimpin selama berpuluh tahun dan ternyata ramai di antara mereka mengkhianati rakyat, jadi dengan adanya Kempen Ketuanan Pengundi ini, ia akan membuka mata pengundi untuk sedar bahawasanya mereka adalah kuat.

“Kita berharap kempen ini membuat pengundi menentukan kriteria-kriteria yang dia mahu kepada seseorang yang ingin dipilih menjadi wakil rakyat mereka, sebagai ahli Parlimen ataupun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan sokongan sempena pelancaran Kempen Ketuanan Pengundi secara maya pada Rabu oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sempena Hari Demokrasi Antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersih 2.0 lancar Kempen Ketuanan Pengundi

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Shahrul Aman Saari turut menyokong Kempen Ketuanan Pengundi dan menyifatkannya sebagai penanda aras yang rakyat mahukan demi negara.

Shahrul Aman Saari
Shahrul Aman Saari

“Kita semua sedia maklum bahawa pengundi sangat penting dalam negara dan mereka menentukan perjalanan negara yang lebih sihat untuk masa depan. Tetapi, kepincangan-kepincangan yang berlaku telah menunjukkan bahawa pengundi diketepikan.

“Baru-baru ini ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengundi tidak berapa ambil tahu ataupun kisah tentang reformasi, demokrasi dan reformasi institusi. Saya ingin nyatakan bahawa kita perlu kisah dan kita perlu ambil tanggungjawab kita kembali untuk menaikkan negara kita yang tercinta ini,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!