Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON95, RON97 serta diesel kekal, masing-masing pada paras RM2.05, RM2.73 dan RM2.15 seliter bagi tempoh bermula Khamis hingga 22 September ini. Foto hiasan
Harga runcit petrol RON95, RON97 serta diesel kekal, masing-masing pada paras RM2.05, RM2.73 dan RM2.15 seliter bagi tempoh bermula Khamis hingga 22 September ini. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 serta diesel kekal, masing-masing pada paras RM2.05, RM2.73 dan RM2.15 seliter bagi tempoh bermula Khamis hingga 22 September ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Kementerian itu menyatakan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!