Nyawa kami hanya 50-50: Pesara TUDM


Yam Seng menerima sumbangan RM2,000 daripada Rayeon Lee yang mewakili LBS Bina Group untuk program Jejak Wira.
Yam Seng menerima sumbangan RM2,000 daripada Rayeon Lee yang mewakili LBS Bina Group untuk program Jejak Wira.
A
A
A

Kemakmuran negara yang kita kecapi kini tidak datang dengan mudah. Ia bertitik tolak daripada perjuangan dan pengorbanan yang disumbangkan oleh pejuang tanah air terdahulu.

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disambut negara pada 31 Ogos dan 16 September ini, Sinar Harian bersama LBS Bina Group Berhad (LBS) menjayakan program Jejak

Wira bagi menyantuni veteran pejuang kemerdekaan di samping menyalurkan sumbangan.

Program Jejak Wira kali ini berpeluang mengikuti kisah naik turun kehidupan Chew Yam Seng, 73, yang merupakan seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berjuang

mempertahankan negara selama lebih satu dekad.

Memulakan bicara bagaimana beliau mula terdetik untuk terlibat dalam dunia ketenteraan, Yam Seng pada awalnya mendapat galakan daripada jiran rumah sewa lamanya untuk menyertai pasukan TUDM.

“Pada masa itu, dia yang galakkan saya untuk sertai tentera kerana setidaknya saya boleh lakukan sesuatu untuk negara.

Artikel Berkaitan:



Gambar kenangan Yam Seng ketika menyertai pasukan TUDM selama lebih
Gambar kenangan Yam Seng ketika menyertai pasukan TUDM selama lebih

“Kebetulan saya memang suka sertai aktiviti berkumpulan dan dalam pasukan tentera kita boleh berjumpa dengan pelbagai jenis orang, jadi saya memang suka,” ujarnya.

Anak jati Kuala Lumpur itu memberitahu, sepanjang bertugas sebagai anggota tentera, beliau pernah ditugaskan untuk beroperasi di pusat tentera di Kuantan, Pahang dan Butterworth, Pulau Pinang.

Beliau dan rakan sepasukan ditugaskan sebagai unit sokongan yang melibatkan penggunaan senjata seperti bom, senapang dan roket untuk kapal terbang dan helikopter.

“Kami sering dihantar untuk menjalankan operasi di hutan di mana kami akan memberi bekalan unit senapang kepada tentera yang bertugas.

“Bayangkan, bila naik helikopter ketika itu, nyawa kami boleh dikatakan 50-50 sahaja sebab di bawah hanya ada hutan tebal.

“Sekiranya terjadi perkara yang tidakdiingini seperti pendaratan kecemasan dan sebagainya, memang sangat susah dan bahaya,” ceritanya.



Yang Seng bersama isteri dan anak.
Yang Seng bersama isteri dan anak.

Saat ditanya tentang pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang 13 tahun berkhidmat kepada negara, beliau ketawa mengenangkan peristiwa apabila satu bom yang dibawa ketika operasi terjatuh semasa berada dalam kapal terbang.

“Tapi nasib baik bom tersebut tidak sempat meletup kerana pin keselamatan tidak tercabut keluar di mana keadaan ini dipanggil sebagai airbone. Itu adalah antara pengalaman yang memang saya tidak boleh lupakan,” ujar Yam Seng.

Bapa kepada seorang anak itu menambah, ketika menjalankan operasi hutan, banyak yang telah dilalui dan dilihatnya termasuk menyaksikan mayat-mayat anggota komunis bergelimpangan di hutan.

Ketika itu, terdetik di hatinya bahawa pengganas-pengganas tersebut juga rakyat Malaysia cuma mereka berpegang teguh dengan ideologi yang berbeza.

“Bagaimanapun, kami tetap tolong ambil dan hantar mayat mereka balik untuk ditanam,” katanya.



Sumbangan



Syakirah memeriksa tahap kesihatan Yam Seng.
Syakirah memeriksa tahap kesihatan Yam Seng.

Dalam kunjungan mesra itu, Yam Seng menerima sumbangan khas sebanyak RM2,000 daripada Sinar Harian dan LBS sebagai menghargai jasanya.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan terhadap Yam Seng turut dilakukan oleh wakil Pusat Perubatan Swasta Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pegawai Perubatan dari Pusat Perubatan Swasta UiTM, Syakirah Azami yang menjalankan pemeriksaan amat berpuas hati dengan tahap kesihatan Yam Seng.

“Yam Seng seorang yang sangat bagus. Berdasarkan pemeriksaan hari ini, tekanan darah, jantung dan paru-paru semuanya berada dalam keadaan baik.

“Apa yang saya suka tentang Yam Seng, beliau sedar akan tahap kesihatannya. Untuk pesakit lelaki yang berumur 60 tahun ke atas, penjagaan kesihatan khususnya jantung adalah amat

penting,” katanya.

Syakirah bagaimanapun mencadangkan bekas tentera itu untuk merekod sendiri tekanan darah di rumah dan memaklumkan kepada pihak hospital jika terdapat tanda tekanan darah tinggi.

“Beliau juga perlu meneruskan penjagaan kesihatan dari segi fizikal seperti kerap melakukan senaman dan diet serta penjagaan mental dengan membuat latihan ingatan dan sebagainya,” katanya.



Tan Sri Lim Hock San
Tan Sri Lim Hock San

Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam & Media LBS Bina Group, Rayeon Lee turut menyifatkan Program Jejak Wira yang bakal menyantuni enam bekas tentera negara akan menjadi batu loncatan buat organisasi lain untuk mengikut jejak langkah mereka.

Katanya, program tersebut akan memberi manfaat terutamanya kepada veteran-veteran yang banyak menabur jasa pada negara namun mungkin sudah dilupakan.

“Tahun ini adalah tahun ke-64 Malaysia menyambut kemerdekaan. Tanpa mereka tidak mungkin kita boleh hidup dengan aman dan damai hari ini.

“Jadi jasa golongan tersebut perlu diingati setiap masa dan bukan sahaja dalam bulan kemerdekaan,” katanya.

Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group, Tan Sri Lim Hock San turut menyokong inisiatif program Jejak Wira ini dan berharap agar masyarakat lebih peka terhadap para veteran khususnya

pejuang kemerdekaan.

“Kami di LBS Bina Group amat menyanjung tinggi para pejuang kemerdekaan dan berharap agar program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!