Maszlee perkenal pelan cadangan dasar pendidikan pascapandemik

Maszlee dalam sidang akhbarnya di Parlimen pada Rabu.
Maszlee dalam sidang akhbarnya di Parlimen pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik tampil memperkenalkan 'Ringkasan Penyata Polisi Pendidikan dan Wabak Covid-19: Solusi Buat Malaysia'.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, inisiatif peribadinya itu diambil bagi membantu sistem pendidikan negara yang berdepan dengan pascapandemik Covid-19 ketika ini.

Jelasnya, penyediaan cadangan dasar-dasar kerajaan itu juga selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyebut tentang keperluan pelan pendidikan pascapandemik bersifat holistik dan komprehensif.

"Saya telah meminta berulang kali dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) dahulu agar dikemukakan pelan seumpamanya. Malangnya sehingga hayat 17 bulan kerajaan, tiada pelan seumpamanya dikemukakan.

"(Jadi), saya insaf bahawa sekadar mempersoalkan dan menggesa tidak akan membawa kita ke mana-mana, berdasarkan kesedaran tersebut saya telah cuba untuk mengemukakan satu pernyataan polisi atau pelan cadangan kepada kerajaan yang baharu untuk mereka bergerak ke hadapan," katanya pada sidang akhbar di Parlimen pada Rabu.

Tambahnya, satu pelan besar dan perancangan jangka panjang yang strategik untuk pendidikan selepas pandemik berakhir wajar dilaksanakan bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!