Terengganu beralih ke Fasa 3 bermula Jumaat ini

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju untuk membenarkan peralihan ke fasa tiga bagi negeri Terengganu berkuatkuasa 17 September 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki fasa tiga sebelum ini.

“Bagaimanapun, ekoran kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, saya mendapati orang ramai mula mengabaikan SOP yang ditetapkan.

“Sehubungan itu saya berharap rakyat terus patuh pada SOP untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Kesediaan kerajaan membenarkan lebih banyak kelonggaran tidak bermakna kita sudah boleh mengabaikan langkah-langkah keselamatan yang diamalkan selama lebih setahun ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ismail Sabri turut mengharapkan agar kelonggaran-kelonggaran yang diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

Katanya, rakyat perlu patuhi setiap SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup separuh muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

“Pihak penguat kuasa akan sentiasa memantau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya didapati ada pihak yang melanggar garis panduan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!