Tunku Temenggong Kedah nasihat pelancong bercuti secara selamat

Tunku Puteri Intan Safinaz (gambar kecil) menasihatkan pelancong yang berhasrat mengunjungi pulau peranginan Langkawi supaya mengamalkan konsep bercuti secara selamat.
Tunku Puteri Intan Safinaz (gambar kecil) menasihatkan pelancong yang berhasrat mengunjungi pulau peranginan Langkawi supaya mengamalkan konsep bercuti secara selamat.
A
A
A

ALOR SETAR - Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihatkan pelancong yang berhasrat mengunjungi pulau peranginan Langkawi supaya mengamalkan konsep bercuti secara selamat.

Menurut beliau, semua pihak harus lebih berhati-hati ketika menjayakan program gelembung pelancongan Langkawi yang bermula pada Khamis apabila pulau lagenda itu dibuka kepada pengunjung luar.

“Saya nasihatkan pelancong agar lebih berhati-hati ketika berada di Langkawi dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP). Dengan pelaksanaan gelembung pelancongan ini, bukan bermakna kita boleh bertindak sewenang-wenangnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tunku Puteri Intan Safinaz berharap pelancong dapat membuat perancangan terbaik sebelum menjejakkan kaki ke pulau Langkawi dengan mengambil langkah pencegahan yang perlu bagi mengelak penularan Covid-19.

“Saya ada berkunjung ke Langkawi pada minggu lepas dan dimaklumkan oleh Pengarah Hospital Sultanah Maliha bahawa situasi sekarang agak stabil. Hospital ini ada kapasitinya dan kita tidak mahu kes bertambah selepas Langkawi dibuka semula kepada pengunjung,” kata beliau.

Sehubungan itu, Tunku Puteri Intan Safinaz mengingatkan pelancong agar bercuti secara selamat dan elakkan pergerakan dan pergaulan yang tidak mematuhi SOP.

“Walaupun anda pergi bercuti, kita hendaklah bercuti secara selamat,” katanya.

Pada 9 September lepas, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh mengunjungi Pulau Langkawi mulai 16 September ini.

Artikel Berkaitan:

Ia susulan Pulau Langkawi diumumkan sebagai projek perintis destinasi gelembung pelancongan domestik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!