Tanah rizab Batu Caves ditukar milik ketika zaman BN
SHAH ALAM - Kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) tidak pernah memberi sebarang kelulusan pelupusan secara pemberimilikan di atas tanah rizab Batu Caves.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli berkata, kelulusan tersebut diberi ketika Selangor di bawah pentadbiran BN.
Menurutnya, tapak Batu Caves seluas 133 hektar telah diwartakan sebagai Batu Caves Reserve bagi tujuan rekreasi awam pada 17 Jun 1930 seluas 133 hektar.
"Sebahagian tapak Batu Caves tersebut dibatalkan pewartaannya sebanyak tiga kali.
"Kawasan seluas 11 hektar telah dibatalkan pada 26 Ogos 1954 disusuli 38 hektar pada 30 April 1959 dan 12 hektar pada 3 Januari 2008.
"Ini jelas menunjukkan bahawa pertimbangan dan keputusan yang dilakukan adalah ketika pentadbiran kerajaan BN," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ujar beliau, baki lot Batu Caves Reserve kini tinggal 98 hektar.
Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan sebuah portal berkenaan tanah rizab di Batu Caves yang dibatalkan pewartaan menjadi hak milik tanah persendirian.
Perkara itu dibangkitkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NG0) yang meminta kerajaan negeri memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!