Rambut cantik dengan kos ciput

No Image Caption
A
A
A

Rambut memerlukan belaian manja sama seperti tubuh badan lain. Rambut diibaratkan sebagai mahkota seorang wanita. Untuk mendapatkan mahkota terbaik perlu penjagaan sempurna.

Namun disebabkan duit perlu digunakan perkara lebih penting, jadi yang boleh anda lakukan adalah dengan buat cara penjagaan ini di rumah.

Tip penjagaan yang boleh anda lakukan di rumah seperti;

1. Bilas dengan air sejuk

Membilas rambut dapat menghilangkan mendapan tertinggal pada rambut. Sebaiknya bilas dengan air sejuk.

Artikel Berkaitan:

2. Sikat dengan teknik betul

Rambut kusut disikat dari hujung ke akar, bukan sebaliknya. Jika rambut jenis lembut dan kurang mengembang, guna sikat kayu.

3. Jangan sentuh rambut

Menyentuh rambut terlalu kerap boleh memindahkan kotoran dari tangan ke rambut dan kulit kepala.

4. Biar rambut bernafas

Jika rambut anda panjang, jangan ikat rambut terlalu ketat. Longgarkan ikatan rambut agar mampu bernafas terutama sebelum mengenakan hijab.

5. Buang bahagian bercabang

Sebulan sekali, trim bahagian hujung rambut. Buang bahagian bercabang atau merekah. Guna pewangi rambut sebelum dan selepas anda memakai hijab bagi mengelakkan bau kurang enak.

6. Segerakan rawatan rambut

Jika anda mempunyai masalah rambut, dapatkan rawatan segera untuk mengelak kos yang tinggi di kemudian hari.

7. Kurangkan blow dry

Udara panas dari pengering rambut boleh merosakkan rambut dengan cepat. Biarkan rambut kering secara semula jadi.

8. Serum

Gunakan serum rambut untuk melembutkan lagi tekstur rambut. Jangan pakai terlalu banyak, cukup setitis dua sahaja. Adalah lebih baik gunakan serum yang diperbuat daripada minyak zaitun.

9. Jangan stres

Benar, tekanan dalam hidup boleh mengakibatkan rambut gugur dan rosak. Ceriakanlah hidup anda.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!