[VIDEO] 12 dikompaun rentas negeri ke Genting Highlands

Anggota polis dari IPD Bentong yang melakukan pemeriksaan terhadap orang ramai di KM 17 laluan ke Genting Highlands pada Rabu.
Anggota polis dari IPD Bentong yang melakukan pemeriksaan terhadap orang ramai di KM 17 laluan ke Genting Highlands pada Rabu.
A
A
A

BENTONG - Seramai 12 individu dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 seorang kerana merentas negeri tanpa surat kebenaran daripada polis dalam operasi pemantauan di Kilometer 17, laluan menghala ke Genting Highlands pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kompaun dikeluarkan menerusi pemantauan Ops Covid-19 oleh anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Beliau berkata, mereka yang dikompaun membabitkan 10 lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 58 tahun.

"Kesemua mereka gagal mengemukakan permit kebenaran rentas negeri yang sah daripada polis. Kesemua mereka yang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Genting Highlands," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (NO 2) 2021.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang masih gagal dan mengambil mudah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!