Kanak-kanak lelaki 2 tahun ditemui lemas
KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas di Sungai Jempol, Felda Jengka 4, Maran pada Khamis.
Komender Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Sabree Mohd Salleh berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 10.37 pagi, kira-kira satu meter dari lokasi mangsa disyaki lemas.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau menjelaskan, kejadian itu berlaku selepas Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.47 petang pada Rabu.
Susulan itu katanya, tujuh pegawai dan anggota telah diarahkan ke lokasi dan pencarian pada Rabu gagal menemui mangsa.
"Tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Bukit Angin, Temerloh turut melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pagi Khamis sebelum mangsa ditemui pada jam 10.37 pagi.
"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.55 tengah hari," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!