Tiada lagi walk-in, tempahan ke Pulau Pangkor dalam talian

Pusat peranginan terkenal Pulau Pangkor dijangka dibuka selewat-lewatnya 1 November depan kepada pelancong, bagaimanapun keputusan akhir tertakluk kepada 'lampu hijau' daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).- Foto 123rf
Pusat peranginan terkenal Pulau Pangkor dijangka dibuka selewat-lewatnya 1 November depan kepada pelancong, bagaimanapun keputusan akhir tertakluk kepada 'lampu hijau' daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).- Foto 123rf
A
A
A

IPOH - Pelancong yang berkunjung ke Pulau Pangkor menerusi inisiatif gelembung pelancongan yang dijangka dibuka November depan perlu menempah pusat penginapan dan tiket feri secara dalam talian.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin berkata, kehadiran secara 'walk-in' atau jumpa terus tidak digalakkan kerana dibimbangi menyebabkan kesesakan melampau terutama di pintu masuk dan tempat menunggu feri.

"Walk in masih lagi dibenarkan ketika ini cuma untuk akan datang apabila gelembung pelancongan dibuka bagi menerima kehadiran pelancong dari negeri lain dan kaedah ini tidak sesuai digunakan lagi.

"Kita syorkan agar semua tempahan dilakukan melalui sistem tempahan sedia ada supaya mereka boleh tahu bila masa sesuai untuk menunggu feri di jeti dan sebagainya.

"Ini sekali gus dapat mengurangkan kesesakan di pintu masuk dan jeti yang mana kita tahu keadaannya agak kecil ketika ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Rehat dan Rawat Rider (3R) Pusat Bandar di sebelah Bangunan MBI di sini pada Khamis.

Beliau berkata, pemain-pemain industri pelancongan di pulau bebas cukai itu telahpun mengambil inisiatif awal dengan membuat persiapan bagi memastikan mereka layak dari segi keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) untuk beroperasi.

Malah katanya, ada antara operator telah pun membuka operasi mereka kepada pelancong tempatan memandangkan kelonggaran sektor pelancongan dalam negeri yang telah diberikan kerajaan ketika ini.

"Nampak mereka ambil berat dan bertanggungjawab, jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyemak secara bersama dengan operator-operator yang ada di Pulau Pangkor ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahad lalu, Nolee Ashilin mengumumkan pusat peranginan terkenal Pulau Pangkor dijangka dibuka selewat-lewatnya 1 November depan kepada pelancong, bagaimanapun keputusan akhir tertakluk kepada 'lampu hijau' daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!