Tiga maut, 60 cedera gempa bumi di Sichuan

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa berlaku pada 4.33 pagi.- Foto Xinhua
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa berlaku pada 4.33 pagi.- Foto Xinhua
A
A
A

CHENGDU - Tiga orang disahkan meninggal dunia manakala 60 yang lain dikejarkan ke hospital selepas gempa bumi kekuatan 6.0 pada skala Richter menggegarkan daerah Luxian di bandar Luzhou, wilayah Sichuan, barat daya China.

Tiga daripada mangsa yang dikejarkan ke hospital dilaporkan mengalami kecederaan parah, menurut Agensi Berita Xinhua, memetik biro pengurusan kecemasan bandar Luzhou.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa berlaku pada 4.33 pagi. Pusat gempa dipantau pada 29.2 darjah utara dan 105.34 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!