Sisa bahan buangan terperangkap pada 'oil boom'

Anggota Pasukan Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor Zon melakukan kerja- kerja pembersihan anak sungai di Kampung Baru Sri Aman pada Khamis.
Anggota Pasukan Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor Zon melakukan kerja- kerja pembersihan anak sungai di Kampung Baru Sri Aman pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pencemaran bau di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas di sini yang dipercayai akibat pembuangan sisa toksik ke anak sungai, didapati semakin pulih pada Khamis.

Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat 'oil boom' atau perangkap minyak dipasang pada anak sungai yang mengalir ke Sungai Tawakal di kampung berkenaan.

Kelihatan sisa buangan industri berjadual terperangkap pada 'oil boom' berkenaan.

Walaupun bau toksik masih dapat dihidu, namun ia tidak sekuat pada Rabu.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kawalan Kanan Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Muhammad Faiz Mohd Shafie berkata, kualiti udara di kawasan kampung berkenaan juga menunjukkan perubahan positif.

'Oil boom' yang dipasang di anak sungai di Kampung Baru Sri Aman pada Khamis.
'Oil boom' yang dipasang di anak sungai di Kampung Baru Sri Aman pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

"Hasil cerapan udara yang dilakukan mendapati bacaan lebih rendah berbanding semalam (Rabu) yang merekodkan bacaan 0.6 hingga 1 PPM.

"Pemantauan akan diteruskan di kampung ini bagi memastikan keadaan benar-benar pulih," katanya ketika ditemui pemberita di kawasan berkenaan pada Khamis.

Sementara itu, seramai 26 anggota Pasukan Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor Zon Selatan melakukan kerja-kerja pembersihan anak sungai di kampung berkenaan.

Kerja pembersihan tersebut dipandukan oleh pegawai JAS Johor bermula awal pagi.

Penyelarasnya, Abdul Halim Ismail berkata, kerja pembersihan dilakukan pada jarak 500 meter dari rumah pertama kes membabitkan seorang mangsa pengsan pada malam Selasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!