Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia meninggal dunia

Nazarry
Nazarry
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan Pengasas Akademi Nazarry, Nazarry Rosli meninggal dunia pada Khamis.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu hantaran di Facebooknya pada petang Khamis.

“Salam semua. Dukacita dimaklumkan bahawa tuan Nazarry baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.26 petang ini (Khamis),” katanya.

Siaran di Facebook milik Nazarry pada Khamis.
Siaran di Facebook milik Nazarry pada Khamis.

Bagaimanapun, punca kematian Nazarry yang berusia 58 tahun masih belum diketahui.

Nazarry sebelum itu pernah menjadi panel untuk Wacana Sinar Edisi 205 bertajuk ‘Pembiayaan ASB: Berbaloi Atau Tidak?’ pada 3 November tahun lepas.

Pada 9 September lalu, Nazarry dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan bahawa beliau didapati positif jangkitan Covid-19 setelah menjalani ujian saringan RT-PCR.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!