Menonton saingan Eropah tanpa Arsenal menyakitkan

Mikel Arteta. - Foto AFP
Mikel Arteta. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta melaungkan amaran akan menggunakan kekecewaan gagal beraksi ke saingan Eropah musim ini sebagai motivasi mengelakkan tragedi sama berulang musim depan.

Arsenal musim lalu mengakhiri cabaran pada kedudukan kelapan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekaligus tersingkir dari perebutan slot Eropah buat pertama kali sejak 1995.

Menurut Arteta, sukar untuk menerima situasi perlawanan di Eropah musim ini tanpa kelibat kelab utara London tersebut, namun dia akan menggunakannya sebagai pemangkin melonjakkan semula prestasi kelab tersebut.

"Dalam beberapa hari ini, ia amat mengecewakan apabila melihat di televisyen kelab beraksi di Eropah tanpa melibatkan Arsenal, sesungguhnya menyakitkan kerana saya tidak mahu melihat kelab ini terkeluar dari kejuaraan sekali lagi. Jadi kita perlu fokus pada kali ini, " katanya.

The Gunners ketika ini berada di kedudukan ke-16 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) mencipta kemenangan pertama musim ini apabila mengalahkan Norwich City, akan bertandang ke Burnley yang belum mencatat sebarang kemenangan.

Biarpun begitu Arteta terpaksa melupakan khidmat Granit Xhaka yang masih dalam penggantungan perlawanan selepas menerima kad merah semasa menentang Manchester City bulan lalu, selain tanpa kelibat tonggak pertahanan, Rob Holding dan pemain tengah, Mohamed Elneny yang mengalami kecederaan.

Arteta percaya kelab utara London itu berada pada tahap terbaik untuk bangkit selepas tewas dalam tiga perlawanan awal musim ini.

"Sejujurnya, saya amat positif setiap masa apatah lagi percaya bahawa ada sinar di hujung terowong untuk Arsenal kembali bangkit digeruni.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang perlu dilakukan pemain-pemain adalah memberikan komitmen bersama ke arah itu, yang mana semua mengetahui bahawa kelab ini perlu menghasilkan keputusan dan pencapaian positif. Berdepan Burnley adalah usaha ke arah usaha tersebut.

"Pemain-pemain melalui minggu yang menyeronokkan untuk persediaan ke Turf Moor, saya akui Burnley merupakan cabaran besar buat Arsenal apatah lawan cukup ampuh di laman sendiri, apa pun kami telah bersedia," ujar Arteta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!