West Ham benam Dinamo Zagreb, Leicester diikat Napoli
WEST Ham United memulakan kempen Liga Europa dengan langkah kanan apabila melakar kemenangan selesa 2-0 ke atas kelab Croatia, Dinamo Zagreb di Zagreb dalam perlawanan Kumpulan H.
Michail Antonio meletakan The Hammers di depan seawal minit ke-21 sebelum Declan Rice jaringan minit ke-50 mengesahkan kemenangan meyakinkan anak buah David Moyes di Stadium Maksimir tersebut.
Sementara itu, Leicester City terlepas peluang mengutip tiga mata di laman sendiri apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika melayan kunjungan kelab Serie A, Napoli dalam saingan Liga Europa di Stadium King Power.
Dua jaringan tonggak Napoli, Victor Osimhen pada minit ke-69' dan 87', menjadi duri dalam daging The Foxes kendalian Brendan Rodgers dalam perlawanan kumpulan C tersebut.
Anak buah Luciano Spalletti sebelum itu dikejutkan tuan rumah hasil jaringan
Ayoze Perez (9') dan Harvey Barnes (64') yang menyaksikan aksi bertenaga penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!