Banjir di Sabah: Mangsa kekal 32 orang

Hujan lebat berterusan sejak tengah hari semalam mengakibatkan tiga daerah di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan sekali lagi dilanda banjir kilat - Foto Bernama
Hujan lebat berterusan sejak tengah hari semalam mengakibatkan tiga daerah di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan sekali lagi dilanda banjir kilat - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 32 orang daripada tujuh keluarga setakat 8 pagi Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah pada Jumaat memaklumkan hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu Rumah Kelab Kompleks Sukan di Penampang yang menempatkan kesemua mangsa banjir tersebut.

“Semua agensi sedang memantau situasi banjir dan mangsa banjir hanya dibenar pulang setelah keadaan benar-benar selamat,” menurut kenyataan itu.

Hujan lebat berterusan sejak tengah hari semalam mengakibatkan tiga daerah di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan sekali lagi dilanda banjir kilat yang menjejaskan beberapa kampung selain berlaku insiden tanah runtuh. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!