Polis rampas dadah 1.677 kg

Dadah dirampas bersama wanita berusia 37 tahun
Dadah dirampas bersama wanita berusia 37 tahun
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang wanita ditahan bersama heroin dan syabu dianggarkan seberat 1.677 kg dalam Op Tapis di Jeti Feri Kuah, Langkawi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 37 tahun ditahan sepasukan anggota polis kira- kira jam 5.15 petang.

Menurutnya, suspek berasal dari Alor Setar polis selepas melihat wanita itu berada di hadapan sebuah restoran makanan segera sambil membimbit beg warna hitam.

"Suspek yang tidak bekerja ditahan dan dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Langkawi untuk pemeriksaan lanjut.

"Melalui pemeriksaan, tiga peket lut sinar berisi ketulan dan serbuk bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 1.368 kg ditemukan dalam beg tersebut," katanya.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya turut menemukan tiga paket plastik lut sinar berisi ketulan dan hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan 309 gram yang dibaluti dengan lipatan tuala berwarna putih.

"Suspek yang positif dadah jenis Methamphetamine dan memiliki rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ditahan untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!