Pokok tertinggi di dunia 'diselimut' aluminium kalis api
LOS ANGELES - Pokok paling besar di dunia sedang dibalut dengan aluminium kalis api pada Khamis bagi mengelak ia terbakar dalam kebakaran hutan di barat Amerika Syarikat (AS).
Pokok setinggi 83 meter yang dikenali sebagai 'General Sherman' terletak di Taman Negara Sequoia, California.
Menurut seorang pengurus di taman itu, Christy Brigham, anggota-anggota bomba sedang mengambil langkah-langkah bagi melindungi pokok tersebut.
Dia memberitahu, akan melakukan apa sahaja yang termampu bagi melindungi pokok yang berusia antara 2,000 hingga 3,000 tahun itu daripada terbakar.
Beberapa batang pokok gergasi di taman itu juga dibalut dengan aluminium kalis api yang mampu bertahan daripada terbakar dalam tempoh yang singkat.
Pada Khamis lalu, dua kebakaran hutan berlaku di taman negara itu iaitu tempat terletaknya lima batang pokok tertinggi dunia termasuk 'General Sherman'.
Pokok-pokok besar di taman itu sebelum ini menjadi daya tarikan para pengunjung dengan pelancong asing dari kebanyakan negara di dunia sanggup datang ke situ untuk melihat 'General Sherman.'
Ratusan hektar hutan telah terbakar sehingga kini akibat kebakaran hutan di AS. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!