Himpunan ICERD tidak lagi relavan

Zamri (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima anugerah jasamu dikenang.
Zamri (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima anugerah jasamu dikenang.
A
A
A
ALOR SETAR - Tiada keperluan lagi untuk anjurkan himpunan bantahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini kerana isu itu sudah tidak relevan.

Exco Kedah, Zamri Yusuf berkata, ini kerana kerajaan telah memutuskan untuk tidak meratifikasikan ICERD di negara ini.

Menurutnya, perhimpunan itu hanya sia-sia kerana objektifnya telah tersasar.

"Jika himpunan itu untuk bantah meratifikasikan ICERD, ia sudah tak bermakna sebab pendirian kerajaan sudah jelas, iaitu menolak ICERD," katanya, selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul dan majlis jasamu dikenang, di Masjid Lutfi, Kampung Suka Menanti, hari ini.

Timbalan Pengerusi PKR Kedah itu berkata, sekiranya masih ada pihak tetap mahu adakan himpunan itu, ia tidak menjadi kesalahan namun tujuannya tetap menjadi persoalan.

"Malaysia amalkan sistem terbuka dan kebebasan bersuara. Kalau ada pihak mahu berhimpun, memang boleh tetapi objektif harus jelas dan apa tujuannya," katanya.

Menurutnya, tiada keperluan membantah perkara yang tidak akan dilaksanakan dan seelok-eloknya penganjur batalkan himpunan itu.

"Pendirian kerajaan amat jelas, kenapa perlu lagi anjur himpunan bantahan. Namun sebagai negara yang dokong demokrasi, tak salah untuk berhimpun asalkan mendapat kebenaran polis," katanya.

Zamri berkata, negara ini sudah mempunyai sistem yang diguna pakai untuk memelihara keharmonian antara kaum serta tidak menindas golongan minoriti.
Artikel Berkaitan:


"Tidak wujud masalah pun selama kita gunakan sistem sedia ada," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!