NS dijangka beralih ke Fasa 4 PPN dalam tempoh seminggu lagi

Aminuddin (tiga dari kiri) melihat hadiah cabutan utama berupa sebuah kereta Perodua Axia pada Majlis Penyampaian Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPPD di Port Dickson pada Jumaat.
Aminuddin (tiga dari kiri) melihat hadiah cabutan utama berupa sebuah kereta Perodua Axia pada Majlis Penyampaian Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPPD di Port Dickson pada Jumaat.
A
A
A

PORT DICKSON - Negeri Sembilan dijangka beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh seminggu lagi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimanapun berkata, peralihan itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya bilangan kes harian Covid-19 di negeri ini menunjukkan penurunan.

"Sekarang kita hanya merekodkan 170 ke 200 lebih kes baharu Covid-19 sehari. Kalau ikut perkiraannya, memang kita sudah layak untuk ke fasa empat, cuma kita diminta untuk memantau selama seminggu lagi.

"Keputusannya bergantung kepada keadaan semasa kes selain mengambil beberapa faktor lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini pada Jumaat.

Aminuddin sehubungan itu meminta rakyat di negeri ini untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terutama selepas beralih ke fasa empat nanti bagi mengelakkan kes Covid-19 kembali meningkat.

Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata, apabila Negeri Sembilan beralih ke Fasa 2 PPN mulai 4 September, ia memberi ruang dan peluang kepada banyak sektor seperti ekonomi, pelancongan dan industri dibuka semula dengan SOP ditetapkan.

Aminuddin (dua dari kiri) menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah kereta Perodua Axia pada Majlis Penyampaian Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPPD di Port Dickson pada Jumaat.
Aminuddin (dua dari kiri) menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah kereta Perodua Axia pada Majlis Penyampaian Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPPD di Port Dickson pada Jumaat.

"Saya berharap, dengan kelonggaran yang diberikan, orang ramai dapat menjaga diri dan keluarga dengan senantiasa memakai pelitup muka serta penjarakan sosial ketika berada di tempat yang ramai orang.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga yakin Port Dickson juga akan dibuka untuk pelancongan dalam negara sedikit masa lagi," katanya.

Beliau berkata, statistik kedatangan pelancong ke negeri ini pada tahun lalu menunjukkan penurunan iaitu 1.046 juta berbanding tahun 2019 sebanyak 6.42 juta yang mana Port Dickson menyumbang 70 peratus kedatangan pelancong.

"Ini bermakna seramai 627,000 orang sahaja yang datang ke Port Dickson pada tahun lalu apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada Mac tahun lalu.

"Kerajaan negeri menyasarkan graf peningkatan kedatangan pelancong ke Negeri Sembilan terutama Port Dickson pada tahun depan sebanyak 50 peratus berbanding sebelumnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!