TFC II tangguh hajat Kuching City

Aksi antara Kuching City FC dan TFC II di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang petang tadi. -Foto Kuching City FC
Aksi antara Kuching City FC dan TFC II di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang petang tadi. -Foto Kuching City FC
A
A
A

KUCHING City FC terpaksa menangguhkan seketika hajat untuk mengesahkan tiket Piala Malaysia lebih awal apabila tewas 0-2 kepada Terengganu FC II (TFC II) pada aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang petang tadi.

Kekalahan itu menyebabkan Kuching City FC wajib mencipta kemenangan dalam baki dua lagi perlawanan bagi mengesahkan slot ke saingan Piala Malaysia musim ini.

Malah, laluan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim ke pentas berprestij itu turut bergantung kepada keputusan tiga lagi pasukan - PDRM FC, Kelantan FC dan Kelantan United FC.

Pada aksi petang tadi, TFC II memperoleh gol pembukaan menerusi gol sendiri pemain Kuching City FC, Jimmy Raymond yang tertanduk bola ke gawang pada minit ke-70.

TFC II menambah derita Kuching City FC apabila pemain gantian, Nur Azfar Fikri Azhar meledak gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-84.

Dengan kemenangan itu, TFC II melonjak ke tangga ketiga selepas merekodkan 35 mata manakala Kuching CIty FC di tangga ketujuh apabila kekal dengan 24 mata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!