Empat kes Covid-19 dikesan di pintu masuk Pulau Langkawi

Saringan di pintu masuk udara ke Pulau Langkawi. -Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
Saringan di pintu masuk udara ke Pulau Langkawi. -Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
A
A
A

SHAH ALAM - Empat kes positif Covid-19 dikesan selepas saringan di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi pada hari kedua projek rintis gelembung pelancongan di pulau tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

"Sejumlah 3,454 orang pelancong berjaya disaring.

"Empat kes positif dikesan iaitu dua di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Feri Kuala Perlis manakala masing-masing satu di PMA Lapangan Terbang Pulau Pinang Pinang dan PMA Subang," katanya.

Pada Khamis, lima individu dikesan positif Covid-19 pada hari pertama projek rintis gelembung pelancongan Pulau Langkawi.

Kesemua individu tersebut dikesan melalui saringan ujian RTK-Ag terhadap 2,528 individu yang mahu ke Pulau Langkawi di empat pintu masuk lapangan terbang dan terminal feri di Kuala Perlis.

Semua pelancong yang mahu menikmati kemudahan projek rintis gelembung pelancongan Pulau Langkawi diwajibkan menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan.

Ujian pengesanan Covid-19 samada RT-PCR atau RTK-Antigen, perlu dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!