Dokumen tafsiran Keluarga Malaysia dikeluarkan dalam masa terdekat

Annuar Musa.
 - Foto Bernama
Annuar Musa.
 - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dokumen pentafsiran falsafah “Keluarga Malaysia” akan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Penerangan dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau menerusi penampilan pertama bagi program “Bersama Annuar” di Twitter Spaces kendalian Bernama malam ini berkata dokumentasi ini bertujuan menghuraikan kefahaman atau falsafah Keluarga Malaysia agar dapat difahami dan dihayati seluruh lapisan masyarakat.

“Secara umumnya, falsafah Keluarga Malaysia ini merupakan satu pendekatan yang dibawa Perdana Menteri agar wujud sentimen kekitaan, perasaan patriotik serta kecaknaan satu sama lain.

Bukan saja (antara) kerajaan dan rakyat tetapi juga (antara) rakyat dan rakyat supaya dapat kita budayakan dalam negara kita untuk negara menjadi lebih harmoni dan lebih baik,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Jabatan Perdana Menteri telah merangka garis panduan jelas mengenai falsafah Keluarga Malaysia pada minggu lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!