Ditemui mati tergantung pada alang
KOTA BHARU - Seorang nelayan berusia 41 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung pada alang sebuah rumah di Kampung Jaya Setia, Badang, malam tadi.
Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mayat ditemui saudaranya pada jam 7.10 malam.
Katanya, saudara mangsa yang berusia 47 tahun pergi ke rumah lelaki itu dan mendapati rumah berada dalam keadaan gelap dengan lampu tidak dibuka.
“Pengadu memanggil mangsa tetapi tiada jawapan sebelum membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.
“Pengadu kemudian buka lampu dibahagian ruang dapur dan mendapati mangsa dalam keadaan tergantung pada palang bahagian atas rumah,” katanya kepada pemberita.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!