Warga emas pandu lawan arus dibebas dengan jaminan polis
SHAH ALAM - Warga emas yang ditahan kerana memandu melawan arus dalam sebuah video tular yang dirakam di Persiaran Tun Teja di sini sekitar jam 1 petang Khamis telah dibebaskan pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek tidak direman dan diberi jaminan polis.
"Siasatan terhadap kes ini masih dijalankan, dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Pada Khamis, seorang warga emas ditahan kerana memandu melawan arus dalam sebuah video tular yang dirakam di Persiaran Tun Teja di sini sekitar jam 1 petang Khamis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol memberitahu, lelaki berusia 74 tahun itu dipercayai tersalah masuk laluan bertentangan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!