Pele stabil, dipindahkan ke ICU
LEGENDA bola sepak Brazil, Pele berada dalam keadaan stabil setelah dimasukkan ke unit rawatan intensif selepas mengalami kesukaran bernafas.
Menurut jurucakap Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, prosedur terhadap ikon bola sepak Samba berusia 80 tahun tersebut merupakan langkah sementara selepas bekas pemain tersebut menjalani pembedahan di hospital sama awal bulan ini.
"Pele kini stabil dalam aspek kardiovaskular dan pernafasan.
"Pele kemudian akan dipindahkan ke unit rawatan separa bagi meneruskan proses pemulihan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kolon," jurucakap hospital tersebut.
Untuk rekod, Pele sebelum ini telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kolon pada 6 September lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!