SRT kini dikenali RNF MotoGP Racing

Razlan (kanan), bersama Ezpeleta.
Razlan (kanan), bersama Ezpeleta.
A
A
A

[DIKEMASKINI] SEPANG Racing Team (SRT), kini akan dikenali sebagai RNF MotoGP Racing setelah memeterai perjanjian dengan IRTA dalam usaha penstrukturan semula penyertaan pasukan berkenaan sebagai pasukan bebas (independent team) dalam saingan kejuaraan Grand Prix Motosikal (MotoGP).

Mengulas lanjut, Prinsipal RNF MotoGP Racing, Datuk Razlan Razali berkata, penggunaan nama tersebut adalah selaras dengan proses penjenamaan serta penstrukturan semula pasukan berkenaan ketika ini.

Malah jelas Razlan, proses penjenamaan dan penstrukturan berkenaan dilihat akan terus memastikan pasukan berkenaan terus beraksi dalam saingan MotoGP.

“Pasukan ini akan bertanding dengan nama baharu, RNF Racing bermula dari musim perlumbaan 2022 sehingga 2026.

“Secara keseluruhannya, ia merupakan satu pengembaraan yang mencabar buat kami, di mana dalam masa beberapa bulan ini kami telah meletakkan usaha untuk memulakan kembali perjalanan sebagai pasukan MotoGP yang lebih segar dan lebih kuat.

"Oleh itu, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta atas kepercayaan dan keyakinan yang berterusan kepada kami untuk memulakan fasa baharu di dalam kelas MotoGP untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya pada satu kenyataan media pada Sabtu.

Penjenamaan semula SRT itu berlaku berikutan perpisahan antara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan SRT bulan lalu, selepas litar itu dan Petronas membuat keputusan menamatkan kerjasama mereka berkaitan nama Petronas SRT dalam kejuaraan MotoGP Dunia pada penghujung musim 2021.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta gembira kerana berpeluang untuk bekerjasama sekali lagi dengan Razlan yang disifatkannya sebagai individu penting yang membantu pembangunan sukan permotoran Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, perjanjian berkenaan diharap menyifatkan perjanjian berkenaan bakal membawa manfaat Dorna Sports pada masa hadapan.

“Ia sesuatu yang mengujakan untuk kembali bekerjasama dengan Razlan yang kita tahu sememangnya seorang yang sangat berminat dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukannya.

“Dia (Razlan) sememangnya diibaratkan sebagai ibarat aset kepada keluarga MotoGP sejak dari Sepang lagi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!