MoU tidak sekat proses semak, imbang: Mahdzir

Mahdzir
Mahdzir
A
A
A

PADANG TERAP - Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan parti pembangkang tidak akan menyekat proses semak dan imbang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, proses semak dan imbang terus berjalan seperti biasa walaupun kerajaan dan pembangkang membuat perjanjian persefahaman.

Menurutnya, parti pembangkang tetap boleh membangkang seperti biasa dan bukannya bermakna menjadi sebahagian kerajaan apabila menandatangani memorandum itu.

"Mereka tetap jadi pembangkang dan boleh membangkang dalam Parlimen tetapi ada persefahaman dan limitisasi tentang hal di luar Parlimen.

"Tugas semak dan imbang terus berjalan cumanya ada perkara yang dipersetujui bersama," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Felda Lubuk Merbau di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau juga berharap Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mempertimbangkan semula keputusan supaya memeterai perjanjian persefahaman itu.

Mahdzir berkata, parti lain yang belum menandatangani memorandum diharapkan dapat mencari jalan supaya bersetuju dengan kerajaan dalam urusan berkaitan Covid-19 dan pembangunan ekonomi.

"Seperti mana titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ahli politik tidak payah sibuk bermain politik sebaiknya memberi tumpuan kesusahan rakyat dalam ekonomi dan cara berhadapan pandemik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kerajaan mengambil serius tanggungjawab dan akan memastikan kes jangkitan Covid-19 menurun sekaligus melaksanakan program untuk pemulihan secara keseluruhan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!