Pesawat Air France buat pendaratan cemas
BEIJING - Penerbangan Air France AF393 (Beijing-Paris) terpaksa berpatah balik ke Beijing untuk membuat pendaratan cemas akibat kebakaran, lapor Beijing Daily.
Menurut akhbar Beijing Daily, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada Sabtu, sebelum satu bunyi kuat kedengaran daripada bahagian ekor pesawat disusuli kepulan asap hitam.
Tiada kecederaan dalam kejadian itu, lapor Agensi Berita Sputnik.
Foto yang dirakam penumpang menunjukkan berlaku kerosakan teruk pada satu daripada tempat duduk penumpang.
Punca kejadian masih disiasat.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!