Liverpool menang bergaya di Anfield

Mane meraikan jaringan pembukaan The Reds ketika melayan kunjungan Crystal Palace di Anfield. FOTO: AFP
Mane meraikan jaringan pembukaan The Reds ketika melayan kunjungan Crystal Palace di Anfield. FOTO: AFP
A
A
A

LIVERPOOL mendaki tangga teratas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield pada Sabtu.

Tampil memburu kemenangan keempat liga bagi meneruskan momentum positif kemenangan 3-0 ke atas Leeds United di Elland Road sebelum ini, penyerang Liverpool, Sadio Mane meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-43.

Tambah manis gol penyerang Senegal berusia 29 tahun itu menyaksikan beliau kini antara berstatus peledak gol ke-100 dalam semua pertandingan sepanjang bersama The Reds sejak menyertai Liverpool dari Southampton pada 2016.

Pada perlawanan itu, Mohamed Salah turut mencipta nama sebagai penjaring apabila meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-78 sebelum pemain tengah, Naby Keita mengesahkan kemenangan bergaya Liverpool dengan gol ketiga pada minit ke-90.

Kemenangan keempat selepas mengharungi lima perlawanan liga tersebut membolehkan skuad Jurgen Klopp mengumpul 13 mata seterusnya menempatkan diri di kedudukan teratas liga.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!