Ratusan burung mati selepas rempuh bangunan WTC
NEW YORK - Ratusan burung yang terbang ke arah bandar raya New York mati apabila merempuh bangunan One World Trade Center (WTC) yang baharu beberapa hari lalu.
Seorang sukarelawan yang memantau kejadian burung itu, Melissa Breyer mendakwa terdapat kira-kira 291 ekor haiwan itu ditemui mati di sekitar bangunan tersebut pada Selasa lalu.
Breyer dilaporkan mengutip 225 bangkai burung kecil yang jatuh di sekitar kawasan pejalan kaki di bangunan WTC itu.
Sebanyak 30 ekor lagi haiwan itu yang ditemui masih hidup tetapi memerlukan rawatan dan dihantar ke pusat pemuliharaan hidupan liar.
Antara jenis burung yang mati itu ialah burung siul.
Burung-burung yang mati itu dipercayai kerana tertarik kepada lampu-lampu dibiarkan terpasang di tingkat tinggi bangunan tersebut.
Lampu dan pantulan cahaya pada kaca di bangunan setinggi lebih 540 meter tersebut mengakibatkan burung-burung tersebut berasa keliru. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Dr Hussam Abu Safiya, hero penyelamat penduduk Gaza
06 Januari 2025 07:50amSerangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza
05 Januari 2025 11:34pmBrazil arah siasat askar Zionis
05 Januari 2025 10:43pmUbat Covid-19 rawat kucing peliharaan
05 Januari 2025 09:15pm[VIDEO] 'Berbuih mulut saya, bergabunglah parti tempatan' - Shafie Apdal
05 Januari 2025 11:45amWarga Palestin buat kecoh lagi di WTKL
05 Januari 2025 09:52amKetua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya
05 Januari 2025 08:24pmTanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan di Putrajaya - Presiden UMNO
05 Januari 2025 06:13pm