Ratusan burung mati selepas rempuh bangunan WTC
NEW YORK - Ratusan burung yang terbang ke arah bandar raya New York mati apabila merempuh bangunan One World Trade Center (WTC) yang baharu beberapa hari lalu.
Seorang sukarelawan yang memantau kejadian burung itu, Melissa Breyer mendakwa terdapat kira-kira 291 ekor haiwan itu ditemui mati di sekitar bangunan tersebut pada Selasa lalu.
Breyer dilaporkan mengutip 225 bangkai burung kecil yang jatuh di sekitar kawasan pejalan kaki di bangunan WTC itu.
Sebanyak 30 ekor lagi haiwan itu yang ditemui masih hidup tetapi memerlukan rawatan dan dihantar ke pusat pemuliharaan hidupan liar.
Antara jenis burung yang mati itu ialah burung siul.
Burung-burung yang mati itu dipercayai kerana tertarik kepada lampu-lampu dibiarkan terpasang di tingkat tinggi bangunan tersebut.
Lampu dan pantulan cahaya pada kaca di bangunan setinggi lebih 540 meter tersebut mengakibatkan burung-burung tersebut berasa keliru. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
07 Januari 2025 08:06pmThailand lepasi sasaran 35 juta pelancong pada 2024, jana 1.67 trilion baht
07 Januari 2025 05:09pmAustralia keluar amaran keselamatan selepas angka kematian akibat lemas cecah 44
07 Januari 2025 04:49pm7 bayi baru lahir meninggal dunia akibat hipotermia di Gaza pada Disember 2024
07 Januari 2025 03:45pmBekas banduan kongsi masuk Penjara Kajang bersama Najib, PU Azman
07 Januari 2025 12:24amBunuh isteri kerana enggan dipeluk
07 Januari 2025 07:20amKereta rosak, penyewa guna angkut buah kelapa sawit
07 Januari 2025 07:40amAmaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri
07 Januari 2025 02:55pmTitah Adendum: Anwar tidak wajar dipertanggungjawabkan
07 Januari 2025 03:16pm