Penyelewengan MICTH: Kerajaan Melaka lapor polis, SPRM

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat dalam sidang media hari ini mengenai laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung beberapa isu penyelewengan membabitkan Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH). - Foto: Bernama

A
A
A

MELAKA - Kerajaan Melaka membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa isu penyelewengan membabitkan Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH).

Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee berkata, laporan berkenaan dibuat susulan satu audit khas yang dibuat pada 19 Februari lalu

Menurutnya, beliau sendiri bersama Ketua Pegawai Eksekutif MICTH, Ahmad Mohammad Zainal telah membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh dan SPRM Melaka.

“Daripada laporan audit khas itu beberapa perkara memerlukan siasatan lebih lanjut daripada polis dan SPRM, antaranya pemberian surat lantikan atau ‘Letter of award’ kepada beberapa syarikat kontraktor tanpa pengetahuan dan kelulusan oleh ahli lembaga pengarah terlebih dahulu.

“Selain itu juga turut berlaku transaksi e-Banking atau 'online transfer' tanpa kelulusan yang bercanggah dengan prosedur syarikat dan bank,” katanya.

Chee Yee berkata, siasatan itu berkemungkinan akan menjejaskan operasi syarikat terutama dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri ini.

"Syarikat turut menjalankan siasatan dalaman dan kita ambil tindakan gantung kerja dua pegawai kanan MICTH hampir dua minggu sementara proses siasatan dijalankan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!