95 peratus warga Kuantan patuh SOP di pusat peranginan

Muhammed Rizal bersama pasukan pemantau IPD Kuantan menjalankan pemantauan di kawasan peranginan Pasir Puteri, Sungai Lembing pada Ahad.
Muhammed Rizal bersama pasukan pemantau IPD Kuantan menjalankan pemantauan di kawasan peranginan Pasir Puteri, Sungai Lembing pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di pusat peranginan di sekitar Kuantan mencecah 95 peratus selepas Pahang beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 5 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, setakat ini, tiada sebarang kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Sepanjang pemantauan yang dilakukan oleh pasukan pemantau daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, tiada pelanggaran SOP dikesan dan kita amat berpuas hati dengan tahap pematuhan mereka.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dibuat, mereka yang datang beriadah berada dalam kelompok keluarga mereka sahaja dan kebanyakan mereka sudah menerima suntikan dua dos vaksin lengkap,” katanya.

Muhammed Rizal menjelaskan walaupun Pahang masih berada dalam fasa dua PPN, namun pengumuman kerajaan membuka lebih banyak aktiviti sosial kepada orang ramai menyebabkan mereka perlu dipantau dengan lebih berhati-hati.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!