Lebih 1,500 penyu,kura-kura ditemui di lapangan terbang di Manila

Lebih dari 1,500 penyu dan kura-kura hidup yang dibalut dengan pita pelekat ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino.- Foto BUREAU OF CUSTOMS NAIA/FACEBOOK
Lebih dari 1,500 penyu dan kura-kura hidup yang dibalut dengan pita pelekat ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino.- Foto BUREAU OF CUSTOMS NAIA/FACEBOOK
A
A
A

MANILA - FILIPINA. Pasukan polis Filipina dilapor merampas lebih dari 1,500 penyu dan kura-kura hidup yang dibalut dengan pita pelekat di sebuah lapangan terbang di Manila.

Sejumlah 1,529 penyu dan kura-kura pelbagai spesies ditemui dalam empat beg tidak dituntut di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino semalam, dan sekiranya dijual boleh mencecah harga 4.5 juta pesos (RM352,930).

Pihak polis percaya, kesemua beg tersebut ditinggalkan seorang penumpang Filipina yang menaiki penerbangan Philippine Airlines dari Hong Kong, setelah mengetahui tentang hukuman berat untuk kesalahan penyeludupan hidupan liar.

No Image Caption

Sekiranya ditangkap boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga 200,000 pesos (RM16,000).

Kesemua reptilia terbabit termasuk kura-kura spesies Sulcata Tortoise yang dikategorikan sebagai terancam dalam senarai Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) kini diserahkan Unit Pemantauan Hidupan Liar.

Penyu dan kura-kura sering sering dijadikan haiwan peliharaan eksotik, namun kadangkala digunakan sebagai bahan perubatan tradisional atau dijadikan sajian di beberapa negara Asia.- BBC

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!