Anwar bidas Takiyuddin anggap bencana Gunung Jerai 'takdir ALLAH'

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson ketika sesi soal lisan pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson ketika sesi soal lisan pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Port Dickson (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung kenyataannya bahawa bencana kepala air Gunung Jerai di Yan, Kedah pada Ogos lalu sebagai "takdir ALLAH SWT".

Tegas Anwar yang juga Ketua Pembangkang, persoalan mengenai alam tidak seharusnya diletakkan 'kesalahan' kepada pencipta, sebaliknya melihat kepada tindakan manusia itu sendiri.

"Soal 'nature' ini jangan salahkan Tuhan, kadang-kadang ia masalah manusia.

"Mantan Menteri Kerja Raya dahulu, bila adanya kerobohan, 'act of God'. Bagaimana anda tahu itu takdir Tuhan, bila manusia itu rakus merosakkan balak?" katanya Anwar di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Jerai: Takiyuddin

Pertikaman itu berlaku selepas soalan tambahan diajukan oleh Sabri Azit (Pas-Jerai) yang bertanyakan apakah tindakan kementerian untuk melestari hutan di sepanjang jalan menuju ke puncak Gunung Jerai kerana kesan kejadian kepala air menyebabkan timbunan pokok-pokok berskala balak masih tidak selamat.

Bagaimanapun, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu (Pas) menegaskan bahawa tiada sebarang aktiviti pembalakan berlaku di Hutan Simpan Gunung Jerai.

"Saya turun sendiri. Saya lihat pokok-pokok yang dibawa turun oleh kepala air ini bersekali dengan akarnya.

"Air itu bawa akar, menunjukkan tiada pembalakan di Gunung Jerai ini.

Artikel Berkaitan:

"Inilah yang dikatakan takdir Allah... kena terletak kepada Allah itu.

"Jadi, oleh itu saya menyatakan bahawa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan akan menjalankan program restorasi kawasan hutan terosot termasuk di Gunung Jerai.

"Sebanyak RM75 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek-projek dan proses restorasi itu," katanya. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!