Covid-19: KKM hantar tenaga pakar bantu tangani peningkatan kes

KKM akan hantar tenaga pakar serta sumber manusia untuk bantu Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang hadapi kadar peningkatan kes Covid-19 di negeri itu. Gambar kecil: Kon Yeow
KKM akan hantar tenaga pakar serta sumber manusia untuk bantu Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang hadapi kadar peningkatan kes Covid-19 di negeri itu. Gambar kecil: Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menghantar tenaga pakar serta sumber manusia untuk membantu Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menghadapi kadar peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong dalam pertemuan pada Ahad.

Menurutnya, beberapa perkara berkaitan keadaan Covid-19 di negeri ini turut dibincangkan termasuk isu yang telah dipersetujui ketika lawatan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ke Pulau Pinang 11 September lalu.

"Antara isu yang dibangkitkan berkenaan pembinaan hospital medan sebagai fasiliti tambahan bagi merawat pesakit Covid-19 dekat perkarangan Hospital Pulau Pinang (HPP) yang kini masih dalam proses pembinaan dan dijangka dapat beroperasi dalam tempoh terdekat.

"Saya turut dimaklumkan KKM juga telah menghantar tenaga pakar serta sumber manusia untuk membantu JKNPP menghadapi kadar peningkatan kes Covid-19 di negeri ini," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Isnin.

Kon Yeow berkata, Dr Chong turut memberitahu proses perbincangan KKM bersama pihak hospital swasta bagi menambah kapasiti kemudahan perubatan di negeri ini sudah bermula dan saya gembira apabila dimaklumkan pihak berkaitan bersedia untuk berbuat demikian.

"Terima kasih kepada Dr Chong dan pasukan beliau yang menyatakan kesediaan memberikan arahan serta nasihat kepada JKNPP bagi memulihkan keadaan penularan Covid-19 di negeri ini secara menyeluruh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!