Maszlee gesa campur tangan atasi gangguan seksual di sekolah, IPT

Maszlee
Maszlee
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menggesa kerajaan supaya campur tangan dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah gangguan seksual di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, kes gangguan seksual dalam kalangan murid dan pelajar tidak boleh dipandang ringan.

"Saya dimaklumkan, sejak tahun 2011 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) pelaporan dan tindakan menangani disiplin murid serta garis panduan menangani gangguan seksual murid.

"Namun, kedua-dua SOP ini tidak lagi sesuai dengan perkembangan semasa. Sebab itu pada 13 Disember 2019, KPM telah melakukan inisiatif dan meluluskan satu memo untuk kita membuat garis panduan baharu selari dengan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih dan titah diraja semasa sidang Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Berikutan itu, Maszlee menyokong agar Rang Undang-Undang (RUU) Akta Gangguan Seksual dibentangkan dan diluluskan segera.

"Saya menyokong RUU Akta Gangguan Seksual segera dibentangkan dan diluluskan. Bersama kita menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat untuk semua," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!