184,400 populasi dewasa di Pahang belum daftar MySejahtera

Dr Nor Azimi
Dr Nor Azimi
A
A
A

KUANTAN - Seramai 184,400 penduduk bagi populasi dewasa di Pahang masih belum mendaftar MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, jumlah itu direkodkan daripada 978,685 penduduk yang layak menerima suntikan vaksin.

Bagaimanapun, sebanyak 60.4 peratus penduduk sudah lengkap dua dos lengkap dan 83.2 peratus menerima satu dos suntikan setakat Ahad.

"Pasukan task force di peringkat negeri dan daerah sedang giat melakukan pelbagai strategi bagi memastikan warga Pahang yang layak berdaftar segera.

"Pada waktu yang sama kita juga sedang dan telah menjalankan banyak 'out reach' di pedalaman bagi memastikan seramai mungkin divaksin," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan pada Program Imunisasi Covid-19 Remaja di Wisma Belia, Indera Mahkota pada Isnin.

Ditanya mengenai kes baharu harian Covid-19 Pahang Dr Nor Azimi berkata, majoriti mereka merupakan kategori satu dan dua sama ada tidak bergejala atau bergejala ringan yang memerlukan kuarantin di rumah atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Jelasnya, setakat Ahad, Pahang mencatatkan 735 kes positif baharu 723 daripadanya merupakan kategori satu dan dua iaitu sama ada tidak bergejala.

"Daripada 735 orang, seramai 392 orang adalah dalam kategori satu dan 331 orang dalam kategori dua.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu enam orang dalam kategori tiga dan enam dan enam lagi kategori empat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!