Keane ingatkan United berhati-hati dengan Ronaldo

RONALDO
RONALDO
A
A
A

LEGENDA Manchester United, Roy Keane mengingatkan The Red Devils supaya berhati-hati dengan jangkaan tinggi diletakkan kepada Cristiano Ronaldo.

Menurutnya, United tidak boleh terlalu bergantung harap kepada pemain berusia 36 tahun itu dalam setiap perlawanan.

Ronaldo sudah meledak empat gol dalam tiga perlawanan termasuk satu gol ketika menewaskan West Ham United pada Ahad.

Namun, pemenang lima kali Ballon d'Or itu dilihat kurang menyerlah ketika kekalahan 1-2 kepada Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu lalu.

"Anda lihat ketika perlawanan menentang Young Boys, Ronaldo bergelut di bahagian depan kerana tidak mendapat sokongan yang diperlukan daripada pemain yang lain.

"Man United perlu berhati-hati kerana Ronaldo hadir ke kelab berkenaan dengan harapan dia akan mengharunginya dengan mudah. Dia dan juga beberapa pemain lain masih perlu meningkat lebih baik daripada satu atau dua tahun lalu. Tetapi, saya tidak nafikan dia masih pemain berkelas dunia," katanya.

Bagaimanapun, Keane mengakui kehadiran Ronaldo turut memberikan kekuatan tambahan kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu.

"Kita melihat yang terbaik daripada dia semasa menentang Newcastle ketika dia mendapat peluang di dalam kotak penalti. Dia berada pada tahap terbaik ketika itu dan saya tidak terkejut dengan persembahan cemerlangnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!