Harga kit ujian kendiri Covid-19 diturunkan lagi secara berperingkat

Kerajaan bersedia menurunkan lagi harga maksimum kit ujian kendiri Covid-19 termasuk alat bacaan kadar oksigen (pulse oximeter) dan alat semburan cecair nyah kuman secara berperingkat.
Kerajaan bersedia menurunkan lagi harga maksimum kit ujian kendiri Covid-19 termasuk alat bacaan kadar oksigen (pulse oximeter) dan alat semburan cecair nyah kuman secara berperingkat.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia menurunkan lagi harga maksimum kit ujian kendiri Covid-19 termasuk alat bacaan kadar oksigen (pulse oximeter) dan alat semburan cecair nyah kuman secara berperingkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, komitmen itu membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dan mendengar keluhan rakyat.

Bagaimanapun menurutnya, setiap perlaksanaan untuk penurunan harga tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa demi kepentingan semua pihak terlibat.

“Kementerian memutuskan untuk menurunkan harga kit ujian ini lebih rendah daripada harga maksimum ditetapkan sekarang iaitu RM16 bagi harga borong dan RM19.90 untuk harga runcit.

“Keputusan untuk turunkan kit ujian ini perlu dilaksanakan dengan penilaian dan tidak tergesa-gesa kerana kerajaan perlu ambil kira semua pihak serta wujudkan situasi menang-menang.

“Selain melindungi pengguna agar mampu membeli kit ujian ini, kita juga perlu ambil kira dengan industri terlibat,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang mahu tahu adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menurunkan lagi harga maksimum kit ujian kendiri Covid-19 secara berperingkat daripada harga siling yang ditetapkan pada RM19.90 ketika ini.

Pada masa sama, Alexander berkata, kementeriannya sedia memperhalusi cadangan bagi penurunan harga pulse oximeter dan alat semburan cecair nyah kuman secara berperingkat.

Artikel Berkaitan:

Menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) berkenaan ketepatan keputusan kit ujian kendiri Covid-19 yang dijual di pasaran ketika ini, beliau berkata, semua jenama di pasaran ketika ini adalah yang telah diluluskan.

“Terdapat 16 jenama kit ujian kendiri Covid-19 yang diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

“Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga mahu kita lipat gandakan kelulusan jenama di pasaran agar wujud persaingan dan tekanan bagi penurunan harga,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!