Semburan kabus nano tidak boleh gantikan disinfeksi secara manual

Keberkesanan penggunaan semburan kabus nano untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan. (Gambar kecil: Dr Noor Hisham)
Keberkesanan penggunaan semburan kabus nano untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan. (Gambar kecil: Dr Noor Hisham)
A
A
A

PUTRAJAYA - Penyemburan disinfeksi melalui kabus nano (mist) tidak mampu menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual untuk membunuh virus SARS-CoV-2 pada permukaan, tegas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Malah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, beberapa larutan disinfeksi sedia ada tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia.

"Hal demikian adalah kerana sesetengah larutan disinfeksi boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan sistem pencernaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, ramai beranggapan penggunaan alat ini berupaya menghapuskan virus di udara dan pada permukaan.

"Keberkesanan penggunaan semburan kabus nano untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan, serta tempoh masa pendedahan," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini terdapat beberapa larutan disinfeksi yang mengandungi alkohol 70 hingga 90 peratus, hidrogen peroksida, timol, quarternari amonia dan larutan berasaskan klorin berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan.

"Senarai larutan berkesan untuk SARS-CoV-2 boleh diperoleh di laman sesawang US Environmental Protection Agency https://www.epa.gov/coronavirus/about-listn-disinfectants-coronavirus-covid-19-0 yang menjadi rujukan seluruh dunia," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan garis panduan untuk pendaftarandisinfektan permukaan yang boleh dicapai melalui https://www.npra.gov.my/images/Guidelines_Central/surface_disinfectant/Revision_1_Guideline_for_Registration_of_Surface_Disinfectant.pdf.

Artikel Berkaitan:

"Garis panduan ini turut menerangkan keperluan pelabelan disinfektan.

Selain daripada itu, laporan penilaian ke atas pelbagai kaedah disinfeksi untuk mencegah penularan Covid-19 boleh dicapai melalui https://covid-19.moh.gov.my/kajian-dan-penyelidikan/mahtas-covid-19-rapid-evidenceupdates," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!