Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B
SKUAD Harimau Malaya bakal berdepan juara bertahan, Vietnam apabila diundi bersama skuad naga emas itu bagi saingan Kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2020.
Undian itu juga bakal menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe bakal berdepan cabaran daripada Indonesia, Kemboja dan Laos bagi saingan peringkat kumpulan berkenaan.
Biarpun Vietnam dilihat sebagai pasukan pilihan bagi kumpulan B, namun skuad Harimau Malaya juga dilihat tidak boleh mengambil mudah cabaran daripada Indonesia, Kemboja dan Laos.
Justeru, skuad Harimau Malaya kini sudah boleh merencana strategi terbaik dalam usaha memberikan aksi terbaik pada saingan peringkat kumpulan berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!