Nasi Kenduri Tepi Jalan

No Image Caption
A
A
A

Penjual nasi, Syed Mohd Izwar Syed Gerald Jalil, 41, menunjukkan nasi kenduri yang dijual dengan menggunakan kenderaan 'tuk-tuk' di Jalan Tanjong Tokong, hari ini.

Gerai makanannya, menggunakan kenderaan bermotor tiga roda dan diletakkan di hadapan flat Taman Batu Bukit di Tanjung Tokong itu menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan berkenaan kerana merasa seolah-olah berada di negara jiran, Thailand.

Menurut Syed Mohd Izwar, beliau berhasrat menjual nasi kenduri menggunakan tuk-tuk bagi menunjukkan kelainan cara menjual makanan di negara ini selepas membeli kenderaan itu daripada seorang peniaga di Alor Star, Kedah pada 2019 sebelum mengubah suai menjadi sebagai gerai menjual makanan.

Beliau yang merupakan penjaja pertama menggunakan kenderaan tuk-tuk di negeri ini melahirkan rasa syukur kerana berjaya menjalankan perniagaan yang diusahakan sejak 2017 itu dalam keadaan pandemik Covid-19. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Perayaan

No Image Caption
GALERI

Pulang Bercuti

No Image Caption
GALERI

Koleksi Kupu-kupu

No Image Caption
GALERI

Runtuhan tebing Sungai Kelantan