Tiga lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan PKPD
SHAH ALAM - Tiga lokaliti di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa pada 23 September hingga 6 Oktober depan.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Sabah membabitkan Perumahan Ladang Felda Umas 6, Kalabakan.
“Di Pahang pula melibatkan Kampung Baru Cenderawasih, mukim Pekan dan ladang serta kilang sawit RMDC Sdn Bhd di Bukit Koman, Raub.
“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD sama seperti diumumkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selas.
Rodzi berkata, PKPD membabitkan kawasan Kampung Sugiang Baru, Tenom dan Kampung Rapak, Ranau, Sabah pula ditamatkan pada Rabu seperti dijadualkan.
“Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan ditamatkan di lokaliti-lokaliti tersebut,” ujar beliau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!