Enggan divaksin, Presiden Brazil makan piza di tepi jalan

Bolsonaro (tiga dari kiri) menikmati 'makan malam mewah' di tepi jalan kota metropolitan, New York. - Foto: Agensi
Bolsonaro (tiga dari kiri) menikmati 'makan malam mewah' di tepi jalan kota metropolitan, New York. - Foto: Agensi
A
A
A

NEW YORK - Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang menolak vaksinasi Covid-19 berdepan padah apabila beliau terpaksa menikmati piza di tepi jalan gara-gara tidak mematuhi syarat untuk dine in seperti ditetapkan kebanyakan premis perniagaan di New York, Amerika Syarikat (AS).

Gambar tersebut dikongsi oleh delegasi beliau yang mengiringi pemimpin tersebut menjelang Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-76 pada minggu ini menerusi Twitter pada Isnin dan turut memaparkan kapsyen sinis ‘makan malam mewah’ di kota metropolitan itu.

Pada minggu lalu, bandar raya New York melaksanakan vaksinasi mandatori yang memerlukan individu menunjukkan sijil imunisasi Covid-19 untuk memperoleh akses di tempat awam.

Bagi mengekang penularan wabak itu, kerajaan tempatan turut mengemukakan surat kepada Presiden UNGA, Abdulla Shahid dan menekankan tentang keperluan vaksinasi mandatori.

Abdulla yang pada mulanya menyokong syarat wajib itu bagaimanapun mengubah keputusan apabila beliau menyatakan sijil vaksinasi tidak diperlukan, sekali gus membolehkan Bolsonaro menyertai mesyuarat peringkat tertinggi agensi antarabangsa tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!