Kelantan FC layak ke Piala Malaysia

Pemain Selangor FC II cuba melepasi kawalan dua pemain Kelantan FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Selasa. -Foto: Ihsan Hazmin Husin (Orang Muda)
Pemain Selangor FC II cuba melepasi kawalan dua pemain Kelantan FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Selasa. -Foto: Ihsan Hazmin Husin (Orang Muda)
A
A
A

KELANTAN FC layak ke saingan Piala Malaysia musim ini apabila meraih kemenangan penting selepas menewaskan Selangor FC II 2-1 dalam saingan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Selasa.

Kelantan FC bermula garang pada perlawanan itu dengan memiliki peluang keemasan untuk mendapatkan jaringan pertama pada minit kelima menerusi rembatan kencang Mario Arques, namun sedikit sahaja tersasar dari mulut gol Selangor FC II.

Keghairahan Kelantan FC memburu jaringan akhirnya dihukum oleh Nik Umar Nik Azizi menerusi sepakan percuma cantik dari dalam kotak penalti pada minit ke-23 yang berjaya 'membelah' benteng sekaligus memerangkap Mohd Farizal Harun di gawang gol tuan rumah.

Ayam tambatan Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani membuktikan ketajaman penyudah dengan meledakkan jaringan penyamaan pada minit ke-24 untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Syed Sobri Syed Muhd melebarkan jurang jaringan Kelantan FC menjadi 2-1 apabila bijak mencuri peluang terhidang dengan melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol Selangor FC II, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman pada minit ke-38.

Keputusan 2-1 itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan FC melangkah gagah ke bilik persalinan sebelum babak kedua kembali bersambung.

Bersambung babak kedua, pelawat kembali memperkemaskan mutu permainan dan hampir mengikat kedudukan menjadi 2-2 menerusi tandukan Nik Umar namun sedikit sahaja tersasar pada minit ke-57.

Dominasi pelawat berterusan selepas itu, peluang terbaik mendapat jaringan hadir pada minit ke-60, bagaimanapun dinafikan oleh ketangkasan Mohd Farizal di pintu gol Kelantan FC.

Artikel Berkaitan:

Usaha kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan menemui jalan buntu apabila setiap peluang terhidang gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan.

Keputusan 2-1 berpihak kepada Kelantan FC kekal hingga tamat perlawanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!